DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Diplomasi Ekonomi)
Dilaporkan pada 11 Mac 2022 bahawa Tajikistan mempelawa ahli perniagaan Malaysia untuk menubuhkan hab logistic dan perdagangan di Zon Ekonomi Bebas (FEZ) untuk memasarkan produk dan barangan ke Tajikistan dan negara berhampiran.
Menurut Duta Besar Tajikistan ke Malaysia, Ardasher Qodri, antara produk Malaysia yang boleh dipasarkan merangkumi minyak sawit, produk elektrik dan elektronik serta perabot yang kini dieksport dari Malaysia.
Duta Besar itu memaklumkan bahawa Tajikistan bersedia untuk memudahkan urusan Malaysia yang berminat untuk membangunkan hab logistic dan perdagangan di FEZ Tajikistan. Menurut beliau lagi, hab logistik dan perdagangan juga boleh digunakan untuk memasarkan produk Malaysia ke negara seperti Rusia, Pakistan, Iran dan Turkmenistan. Melalui penubuhan hab logistik dan perdagangan tersebut, Malaysia boleh meingkatkan eksportnya ke Tajikistan dan negara-negara jiran.
Hubungan diplomatik Tajikistan-Malaysia telah terjalin selama 30 tahun. Tajikistan mempunyai kedutaan di sini manakala kedutaan Malaysia di Uzbekistan turut bertanggungjawab bagi Tajikistan.
Duta Besar Tajikistan itu menjelaskan bahawa FEZ Tajikistan adalah bukti sokongan kerajaan terhadap sector swasta, di persada tempatan dan antarabangsa. Beliau turut menegaskan bahawa penubuhan FEZ adalah selaras dengan dasar perindustrian negara untuk mewujudkan iklim perniagaan dan pelaburan yang lebih menggalakkan.
Sumber:



