TINDAKAN TEGAS DIAMBIL JIKA MENGGUNAKAN LOGO HALAL TANPA KEBENARAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, menggunakan dan mempamerkan sijil halal syarikat pembekal di premis perniagaan tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan. Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya bagi individu, manakala hukuman bagi suatu pertubuhan perbadanan ialah denda sehingga RM250,000.

Manakala, di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 pula, menggunakan apa-apa petunjuk yang menunjukkan makanan tersebut boleh dimakan oleh orang Islam merupakan satu kesalahan. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan ialah denda sehingga RM5 juta.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi Laman Facebook miliknya mengingatkan kepada peniaga bahawa TINDAKAN TEGAS akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah menggunakan LOGO HALAL TANPA KEBENARAN.

Sumber:

Laman Facebook KPDNHEP Laman Rasmi

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …