AWAS BAHAYA RACUN SEMUT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Kesihatan)

Racun semut jenis Shang Jia Ant Clean ini dijual secara berleluasa di pasar malam dan jualan online. Ramai yang gunakannya tanpa mengetahui bahaya produk ini kepada tubuh dan persekitaran. Untuk makluman, racun ini mengandungi bahan beracun Mirex yang sangat lama boleh berada dalam tubuh dan bersekitaran. Ia tidak mudah terurai dan masih ada kesan racun walaupun sudah bertahun lamanya.

Sebab itu bahan beracun Mirex tidak dibenarkan penggunaannya di Malaysia. Ada kes keracunan yang dikesan, racun masih dapat di kesan dalam tubuh selepas bertahun-tahun lamanya.

Memang benar, yang hendak dibunuh adalah semut, tetapi yang akan terkena kesan racun tersebut mungkin kepada anak-anak (terutamanya) atau sesiapa sahaja. Oleh yang demikian, elakkan daripada menggunakan racun jenis ini untuk keselamatan bersama.

Mengikut Akta Racun Makhluk Perosak 1974, sesiapa yang memiliki, menggunakan atau menjual racun- racun yang tidak berdaftar boleh didakwa di mahkamah.

Elakkan untuk membeli, menggunakan atau menjual racun seperti ini. Hal ini kerana racun perosak yang tidak berdaftar dengan Lembaga Racun Makhluk Perosak adalah sangat merbahaya kepada kesihatan manusia serta ekosistem.

Antara kesan kepada manusia ialah terdedah kepada risiko kanser, masalah saraf bahkan sesetengah kes membawa kepada maut. Pendedahan kepada ekosistem pula mampu menjejaskan kelestarian alam yang terdiri daripada organisma dan mikrob yang bermanfaat kepada kesuburan tanah.

Sumber : Facebook Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang (Public Health Malaysia)

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …