PELANCONG ASING KENA MUAT TURUN APLIKASI MYSEJAHTERA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8 : KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan protokol ketibaan bagi pengembara yang akan tiba di Malaysia apabila sempadan antarabangsa negara mulai dibuka bermula 1 April 2022.

Menurut infografik yang dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, protokol pertama adalah sewaktu sebelum pengembara berlepas dari negara mereka berada. Mereka perlu memuat naik dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera.

 

Pengembara dikehendaki mengisi borang prapelepasan di MySejahtera di ruangan ikon ‘pengembara’.

Menurut beliau lagi, dua (2) hari sebelum berlepas pengembara yang pernah dijangkiti perlu menjalani saringan sama ada Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) atau Kit ujian pantas (RTK) Antigen profesional.

Selain itu, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan bahawa para pengembara juga perlu membeli insurans COVID-19 dan perjalanan.

Bagi protokol sejurus tiba di Malaysia, pemeriksaan suhu di kalangan pengembara akan dilakukan.

Manakala ujian RTK-Ag Profesional pula, perlu dilakukan di fasiliti swasta di lapangan terbang sejurus tiba atau di fasiliti swasta ujian apabila meninggalkan sempadan dalam masa 24 jam sebelum masa ketibaan.

YAB Perdana Menteri kelmarin, menyatakan bahawa kerajaan telah memutuskan supaya sempadan negara dibuka bermula 1 April 2022.

Katanya, keputusan ini dibuat berdasarkan tiga perkara asas iaitu panduan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara lain dan memberikan keselesaan kepada pengemba.

 

Sumber:

Laman Web Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …