TIADA LAGI PEMERIKSAAN STATUS, DAFTAR VAKSINASI MASUKI HARAMAIN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9 : PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Komitmen Institusi Antrabangsa)

Prosedur pemeriksaan status vaksinasi ke atas pengunjung dan jemaah ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi dimansuhkan mulai Khamis (10 Mac 2022), menurut Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Arab Saudi.

Infografik mengenai prosedur operasi standard (SOP) terbaharu yang disiarkan di laman Twitter rasminya pada Khamis menyatakan bahawa MoHU turut menghapuskan syarat mendaftarkan maklumat vaksinasi sebelum mendapatkan visa umrah bagi jemaah dari luar Arab Saudi.

SOP terbaharu itu juga termasuk membatalkan syarat untuk mendapatkan permit bagi mendirikan solat di Masjidil Haram dan menziarahi makam Nabi Muhammad (SAW). Manakala syarat untuk mendapatkan permit umrah dan menziarahi Rawdah tetap dikekalkan seperti sebelum ini.

Pengunjung Haramain kini tidak lagi perlu menjaga jarak fizikal, namun masih diwajibkan untuk memakai pelitup separuh muka sepanjang berada di dalam kawasan masjid. Selain itu, pihak kementerian turut memansuhkan syarat untuk mengemukakan keputusan negatif ujian PCR atau RTK (Ag), di samping tidak lagi mewajibkan kuarantin bagi para jemaah yang datang dari luar Arab Saudi.

 

Sumber:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …