KOS MURAH DAN MUDAH, JENAYAH SIBER KINI PILIHAN PENJENAYAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Siber)

Kos murah dan mudah berbanding jenayah fizikal menyebabkan jenayah siber menjadi ‘pilihan’ penjenayah sekali gus mendorong kegiatan itu semakin berleluasa. Pengarah Urusan dan Ketua Editor Esecurity and Privacy Channel (ESPC) Prof Madya Kolonel (B) Datuk Dr Husin Jazri menyatakan, sindiket jenayah siber dilihat semakin kreatif menjerat mangsa dengan pelbagai modus operandi baharu. Hasil  penelitian yang dilakukan, mendapati tiada statistik di seluruh dunia yang mencatatkan penurunan dalam kes penipuan. Ini kerana mereka yang melakukan jenayah siber mendapat pulangan yang lumayan.

Malahan kos melancarkan jenayah siber adalah mudah dan rendah dari kos jenayah dalam bentuk fizikal dengan kadar dikenakan tindakan undang-undang juga lebih rendah selain kejayaan lebih tinggi dibanding dengan jenayah fizikal. Beliau berkata demikian sebagai ahli panel menerusi forum dalam Town Hall Discussion Polis Kuala Lumpur Scammer Ancaman Sosial Dalam Komuniti Masyarakat pada aplikasi Google Meet pada hari ini.

Selain beliau, terdapat dua (2) lagi ahli panel dalam forum berkenaan iaitu Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Zulkarnain Mohd Yassin serta Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Telekomunikasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Superintendan Rozeni Ismail. Forum itu dikendalikan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Universiti Malaya (UM) Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Rahman selaku moderator dan dirasmikan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim.

Daripad perspektif Encik Zulkarnain, pihaknya dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menyekat 1.6 bilion panggilan dipercayai berkaitan dengan penipuan daripada pengguna dan 1,151 laman sesawang berbentuk penipuan disekat. Walaubagaimanapun, masih terdapat panggilan berunsur penipuan terlepas kepada pengguna. Ini bermakna masyarakat tidak boleh lepas tangan dan leka apabila menerima panggilan meragukan. Sindiket penipuan ini juga mempunyai maklumat lebih hebat kerana ‘melombong’ maklumat hasil perkongsian gaya hidup terbuka masyarakat di  media sosial.

Perkara sebegini mungkin boleh berlaku apabila sistem maklumat pelanggan pihak tertentu dicerobohi selain tidak menafikan kebocoran maklumat dalaman yang dijual atau dibocorkan kepada sindiket bagi kepentingan mereka.

Sementara itu, Superitendan Rozeni memaklumkan bahawa PDRM telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani ancaman siber termasuk jenayah siber. Ia menggariskan enam (6) bentuk jenayah utama iaitu Macau Scam, belian dalam talian, Love Scam, e-kewangan (pintasan emel), pinjaman tidak wujud dan pelaburan dalam talian. Bagi keenam-enam kategori jenayah itu, sebanyak 98,607 kes direkodkan membabitkan kerugian berjumlah RM3.3 bilion bagi tempoh 2017 hingga 2021. Manakala dalam tempoh yang sama, seramai 30,124 suspek ditahan dan 25,559 individu sudah dituduh di mahkamah dengan kebanyakan mereka termasuk keldai akaun. Terdapat juga sebahagian daripada individu yang tidak dituduh di mahkamah, tetapi diletakkan untuk tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959.

 

Sumber:

HARIAN METRO

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut