PENDUDUK LEGA DAPAT BERSIHKAN KEDIAMAN

TUMPAT : Selepas sembilan hari berdepan banjir termenung, lebih 3,000 penduduk di 10 kampung yang terjejas akibat banjir terutama di sekitar Pengkalan Kubor boleh menarik nafas lega.

Ini berikutan mereka mula sibuk mencuci dan membersihkan rumah masing-masing walaupun ada beberapa lokasi masih digenangi air.

Penduduk Kampung Kuala Jambu, Mohd Saiful Azuan Mohd Nawi, 37, berkata dia mula mencuci kedai makannya, hari ini dalam keadaan cuaca yang panas.

Menurutnya, walaupun agak teruja untuk memulakan perniagaan selepas lebih seminggu tidak beroperasi kerana ditenggelami air, dia rasa hampa kerana sebahagian kecil peralatan rosak serta hilang dihanyutkan air.

Katanya, selain peralatan dan dapur memasak rosak, lebih 20 kerusi plastik hilang dihanyutkan air kerana tidak sempat ‘diikat’ di tiang seperti kelaziman dibuat apabila banjir melanda.

“Ketika hari pertama menerima limpahan air pada petang Ahad lalu, saya dan isteri segera mengemas barangan dalam kedai termasuk mengikat meja makan serta kerusi pelanggan di mana-mana tiang atau menggunakan pemberat.

“Seperti penduduk lain, saya juga tidak menjangka banjir akan melanda menyebabkan tidak bersedia dan namun sangat terkejut apabila kedai yang diusahakan sejak 10 tahun lalu itu dinaiki air sehingga 1.5 meter dengan mendadak,” katanya.

Katanya, dia menganggarkan kerugian mencecah RM1,000 dan kerja pembersihan dilakukan bersama isterinya, Norisa Seman, 28.

Seorang lagi penduduk, Faridah Zakaria, 63, berkata dia mula mencuci kedai makan yang turut menjual barangan runcit miliknya pada petang semalam selepas melihat air semakin surut.

Menurutnya, segala barangan runcit yang dipindahkan ke tingkat satu premis itu disimpan kembali ke rak, namun tidak menafikan banyak barang makanan yang rosak.

“Memang tidak disangka air meningkat dengan cepat dan hanya sempat mengambil barangan penting sahaja kerana kami perlu mengemas kediaman di sebelah.

“Petang semalam kami mula menyusun semula barangan runcit dan membersihkan lantai secara ala kadar kerana apa yang penting kedai perlu dibuka terlebih dahulu memandangkan lebih seminggu tidak dapat beroperasi,” katanya.

 

 

 

 

 

SUMBER : METRO ONLINE

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut