PENGUATKUASAAN KENDERAAN PERKHIDMATAN AWAM (KPA) DAN PERKHIDMATAN BARANGAN (KPB)

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah menjalankan penguatkuasaan terhadap kenderaan perkhidmatan awam (KPA) dengan fokus utama Bas Pekerja di sekitar daerah Seberang Perai, Barat Daya dan juga di lokasi-lokasi aduan awam.Tujuan penguatkuasaan ini diadakan bagi memastikan pemandu dan pemilik kenderaan mematuhi peraturan dan undang-undang semasa menjalankan perkhidmatan dan kenderaan selamat digunakan di jalan raya.
Sepanjang penguatkuasaan yang diadakan selama 2 hari (4-5 Mac 2022) pelbagai kesalahan KPA telah dikesan seperti tiada lesen memandu, tiada lesen memandu kenderaan perkhidmatan awam ( PSV ), salahguna LKM, potong Q, guna telefon bimbit semasa memandu, meletak kenderaan ditempat tidak dibenarkan dan pelbagai kesalahan teknikal seperti tayar haus berlebihan, cermin gelap dan lampu brek dan isyarat tidak berfungsi.

Dalam perkembangan lain, Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, Stesen Penguatkuasa Valdor dan Penaga turut melaksanakan Operasi Khas pelbagai kesalahan KPB dengan fokus utama membawa lebih muatan, pelesenan memandu, pelesenan kenderaan dan kesalahan teknikal. Kawasan tumpuan penguatkuasaan adalah di seluruh Daerah Seberang Perai dan Pulau Pinang. Penguatkuasaan dilaksanakan selama 4 hari bermula dari 28 Februari sehingga 03 Mac 2022. Penguatkuasaan secara berfokus ini dilaksanakan bagi memastikan semua KPB mematuhi peraturan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 serta Kaedah-kaedah C&U 1959 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Sepanjang operasi yang telah dilaksanakan ini, pelbagai kesalahan KPB dikesan seperti membawa lebih muatan, bawa muatan secara merbahaya, tiada lesen memandu, tiada lesen perkhidmatan barangan (GDL), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan lnsuran, perakuan pemeriksaan puspakom tamat tempoh, pemandu warga asing serta kesalahan teknikal seperti tayar haus berlebihan, cermin gelap, memasang lampu ‘strobe light’ tanpa kebenaran, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi dan lain-lain kesalahan teknikal.

 

Sumber:

Laman Facebook JPJ Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …