KAYUHAN AMAL BANTU MANGSA BANJIR TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 6 Mac 2022 – Seramai lebih kurang 100 orang peserta VIP dan 1,206 orang peserta umum telah menyertai kayuhan Bridge To Bridge: Charity Ride PDRM Kontinjen Terengganu Tahun 2022 yang diadakan pada 5 Mac 2022 bertempat di Batu Burok.
Pelepasan bagi kayuhan kategori umum disempurnakan oleh YDH CP Dato’ Zaini Jass, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, YBM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Terengganu, CP Dato’ Aidi bin Ismail, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM, dan YDH DCP Dato’ Rohaimi bin Md Isa, Ketua Polis Terengganu.
Sementara itu, pelepasan kayuhan bagi kategori VIP pula disempurnakan oleh YDH CP Dato’ Zaini Jass, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, YAM Tengku Sri Temenggong Raja Terengganu Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan YDH CP Dato’ Aidi bin Ismail, Pengarah JPJKK PDRM.
Peserta kayuhan VIP pula diketuai oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, diiringi oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Terengganu, YDH DCP Dato’ Rohaimi bin Md Isa, Ketua Polis Terengganu.
Program Bridge To Bridge : Charity Ride PDRM Kontinjen Terengganu tahun 2022 merupakan sebuah program kayuhan basikal yang julung kalinya dianjurkan oleh PDRM Kontinjen Terengganu, melibatkan penyertaan dari seluruh negara, dan sehingga penyertaan ditutup pada penghujung Januari 2022 lalu, penganjur telah menerima penyertaan dari 10 buah negeri, termasuk Terengganu, Pulau Pinang, Johor, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Kedah, Selangor dan Kelantan. Program Kayuhan ini melibatkan dua kategori, iaitu kategori VIP dengan jarak 20 kilometer, manakala kategori umum melibatkan kayuhan dengan jarak 65 kilometer.
Antara lain program ini dianjurkan bertujuan bagi merapatkan hubungan antara PDRM dengan masyarakat, menggalakkan masyarakat serta anggota PDRM melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang bermanfaat untuk kesihatan, menyediakan aktiviti atau platform untuk golongan belia bagi mencegah masalah sosial dengan gaya hidup sihat, membantu merancakkan industri pelancongan yang merupakan agenda penting dalam Pelan Pemulihan Ekonomi era ‘endemik Covid-19’, dan akhir sekali bagi mengumpul sumbangan bagi tujuan kebajikan, khususnya bagi membantu mangsa bencana banjir yang melanda negeri Terengganu baru-baru ini, sebagai tanda PDRM juga cakna kepada mangsa-mangsa banjir.
Secara dasarnya, program Bridge To Bridge : Charity Ride PDRM Kontinjen Terengganu 2022 ini mencapai objektif penganjurannya, dan kutipan terkumpul berjumlah RM21,000 berjaya dibuat dalam program ini bagi membantu mangsa banjir dan akan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir melalui Kerajaan Negeri Terengganu.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …