AKTIVITI PARAGLIDING DI BESUT PARAGLIDING PARK

BESUT, TERENGGANU, 6 MAC 2022 – Satu acara perasmian Program Community Based Tourism (CBT) telah diadakan di Besut Paragliding Park, Bukit Bubus, Besut, Terengganu baru-baru ini. Program ini telah dirasmikan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Terengganu semasa Lawatan Kerja YBM Tengku Seri Bijaya ke Daerah Besut.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan aktiviti Paragliding sebagai salah satu tarikan pelancongan yang menarik di negeri Terengganu. Selain itu, dengan ketinggian 85 meter dari paras laut, Bukit Bubus merupakan lokasi yang sesuai untuk dijalankan aktiviti Paragliding dan pada ketinggian mencecah 300 meter sehingga 500 meter dari paras laut, keindahan pantai, Laut China Selatan, Pulau Perhentian, Pulau Rhu dan Bukit Keluang dapat dilihat. Dengan bayaran hanya RM100 anda dapat terbang 10 hingga 15 minit, malahan turut di sediakan Kamera GoPro, anda boleh ber’selfie’ sepuas-puasnya di udara untuk di jadikan kenangan, pastikan bawa pendrive atau laptop untuk menyimpan gambar kenangan yang diambil.

Selain daripada aktiviti Paragliding, program ini turut diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti memanah, basikal lambat, golf, muzikal, muay thai, hammack, kereta klasik, kayak, campervan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Aktiviti berbentuk ekopelancongan dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk menyemai perasaan penghargaan dan kepekaan tentang kepentingan menghargai alam sekitar dan menikmati keindahannya. Seterusnya, dapat meredakan kebimbangan dan kerunsingan yang dialami akibat kesan pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, adalah amat penting untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan serta mengamalkan norma baharu bagi mengelak dari jangkitan virus Covid-19.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …