LAWATAN KERJA DUTA-DUTA KESATUAN EROPAH KE NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

IPOH, 2 Mac 2022 – Kerajaan Negeri Perak menerima kunjungan daripada barisan Duta-Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia (EU) ke negeri ini dan berharap menerusi lawatan ini dapat mewujudkan jalinan perhubungan strategik khususnya dalam industri pelaburan, perdagangan, pengajian tinggi, kajian dan kerjasama saintifik antara kedua-dua belah pihak.
Sehubungan itu, satu sesi pembentangan dan pembukaan booth pameran oleh jabatan, agensi dan pemain industri di negeri Perak diadakan di Casuarina Convention Centre, Meru, Ipoh sebagai platform jalinan hubungan dan pada masa yang sama mempromosikan keistimewaan negeri Perak kepada pihak EU sama ada dari sudut pelancongan, kebudayaan, pengilangan, pembuatan dan sebagainya.
Lawatan hari ini yang diketuai oleh His Excellency Michalis Rokas, Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia turut melibatkan 10 duta negara Eropah iaitu Perancis, Belgium, Spain, Ireland, Finland, Jerman, Romania, Austria, Sweden dan Itali.
Sumber: SUK Perak

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …