MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS KESELAMATAN NEGERI (JKKN) PULAU PINANG BIL. 2/2022 – PENGURUSAN PANDEMIK COVID-19

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang Bil. 2/2022 – Pengurusan Pandemik COVID-19 telah diadakan pada 03 Mac 2022 jam 3.00 petang. Mesyuarat ini telah diadakan secara hibrid dengan mengambil kira faktor penularan kes positif membabitkan tempat kerja, sama ada di pejabat mahupun di luar pejabat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam pada itu mengambil kesempatan mengucapkan selamat bersara kepada Dr. Rafidah Binti Mohd. Noor, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang telah menamatkan perkhidmatan beliau pada 28 Februari 2022. Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah dan selamat bertukar kepada Appointed Military Commander (AMC) bagi pengurusan COVID-19 Negeri Pulau Pinang iaitu Kolonel Norazman bin Ismail, Komander Artileri Divisyen 2 Divisyen, yang dinaikkan pangkat sebagai Brigedier Jeneral di Markas Artileri Divisyen 3 Divisyen Kem Terendak, Melaka berkuat kuasa 21 Februari 2022 yang lalu.

Mesyuarat kali ini merangkumi perbincangan berhubung pelaporan semasa COVID-19 selain gerak kerja semasa Program Imunisasi COVID-19 melibatkan pemberian dos penggalak dan vaksinasi kanak-kanak. Turut dibincangkan adalah gerak kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang serta jalinan kerjasama masa hadapan bersama agensi tersebut. Isu-isu berhubung penguatkuasaan Akta 342 oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pulau Pinang serta isu-isu lain seperti pengoperasian bazar Ramadan di negeri ini turut dibincang.

Kerajaan Negeri juga komited untuk memberikan kerjasama berhubung pemantauan fasiliti kesihatan di Pulau Pinang selaras dengan peningkatan jangkitan kes COVID-19 di negeri ini. Kerajaan Negeri juga akan terus memantau dan membuat penilaian risiko dari semasa ke semasa demi keselamatan serta kepentingan awam dengan mengkaji keperluan penganjuran acara-acara rasmi yang berskala besar.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …