SELAMAT HARI PENDENGARAN SEDUNIA 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

World Hearing Day atau Hari Pendengaran Sedunia telah disambut pada 3 Mac setiap tahun. Sambutan pada tahun 2022 ini bertemakan “To hear for life, listen with care”. Telinga merupakan satu panca indera yang sangat penting dan kita bertanggungjawab untuk menjadikan pendengaran kita selamat. Pendengaran yang baik sangat perlu untuk sepanjang hayat melalui penjagaan telinga dan pendengaran. Banyak punca hilang pendengaran boleh dicegah, termasuk yang disebabkan oleh pendedahan kepada bunyi yang kuat.

Kehilangan pendengaran yang disebabkan bunyi adalah tidak menyakitkan tetapi memberi kesan negatif secara perlahan-lahan, serta ia kekal dan tidak boleh diubati. Bersama-sama ini turut dikongsikan bagaimana cara untuk kita menjaga telinga dan menjadikan pendengaran yang selamat.

Semoga sambutan hari Pendengaran Sedunia pada tahun ini dapat meningkatkan kesedaran orang awam dan pihak-pihak yang berkepentingan tentang pencegahan kepekakan atau kehilangan pendengaran serta mempromosikan penjagaan telinga dan pendengaran di Malaysia.

SELAMAT HARI PENDENGARAN SEDUNIA 2022!

#WorldHearingDay2022
#MendengarSepanjangHayatHargaiNikmatKehidupan

 

Sumber:

Laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …