WARGA KERJA DBKL DIGESA PERTINGKATKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG

“Pantas, cakna, kreatif, inovatif, komited dan berintegriti merupakan antara elemen utama yang perlu ada pada setiap warga kerja DBKL bagi memastikan Kuala Lumpur dapat diurus dengan baik”, kata YBhg. Datuk Seri Haji Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam sesi IDB Talk di Institut Latihan DBKL pagi tadi.

Pada sesi tersebut beliau menyampaikan amanat bertajuk “Cabaran Menuju Bandar Raya Bertaraf Dunia” kepada warga kerja DBKL.

Antara perkara yang turut diperkatakan beliau adalah mengenai Impak Perubahan Iklim kepada bandar raya Kuala Lumpur, sasaran Kuala Lumpur dalam menjadikan sebuah bandar raya yang mampan serta usaha-usaha yang dijalankan oleh DBKL dalam merealisasikan perkara tersebut.

Beliau turut berkongsi penerapan lima nilai oleh YBhg. Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara iaitu:

S : Speed (Pantas)

W : World Class Knowledge (Pengetahuan Bertaraf Dunia)

I : Inspirational (Memberi Inspirasi)

F : Flexible (Fleksibel)

T : Technology-Based (Berasaskan Teknologi)

Untuk memacu bandar raya Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya bertaraf dunia yang mampan, berdaya tahan, berdaya huni, selamat, sejahtera, inklusif dan seterusnya mencapai status “A Happy City”, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengambil beberapa langkah perlu dengan menyediakan Blueprint. Blueprint yang dimaksudkan ialah:

  1. Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040
  2. Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon Kuala Lumpur 2030
  3. Pelan Induk Pejalan Kaki dan Berbasikal Kuala Lumpur 2030
  4. Pelan Tindakan Iklim Kuala Lumpur 2050.

“Saya yakin segala yang dirancang akan menjadi kenyataan sekiranya seluruh warga kerja DBKL khususnya memberikan 100% tumpuan, komitmen dan berusaha bersungguh-sungguh”, ujar Datuk Seri Mahadi mengakhiri ucapan beliau.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

#IDBTalk

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

 

 

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …