MKN FC LANCAR JERSI 2022

Putrajaya : Kombinasi warna merah keramat dan hitam menjadi pilihan jersi MKN FC bagi mengharungi kejohanan sukan anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) yang dijadualkan bermula pada 4 hingga 6 Mac 2022 ini. Jersi baharu skuad MKN FC ini mengambil inspirasi daripada warna logo rasmi MKN dan identiti MKN sebagai peneraju keselamatan strategik negara.

Jersi 2022 MKN FC & Bendera MKN

 

Majlis pelancaran jersi 2022 ini diadakan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya yang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan), En. Hamzah Ishak selaku presiden kelab MKN dan Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), En. Zamri Misman selaku penasihat MKN FC.

Pelancaran Jersi MKN FC 2022

Para pemain MKN FC mendapat suntikan semangat dari pucuk pimpinan tertinggi MKN yang meletakkan harapan untuk melihat MKN FC bersaing dengan semangat kesukanan yang tinggi dalam kejohanan MAKSWIP dan mampu mendapat kedudukan yang terbaik. Kerjasama MKN FC bersama rangkaian restoran makanan terbesar di dunia, McDonald’s Malaysia yang telah bersetuju untuk menaja jersi baharu 2022 yang bakal digunakan sepanjang tahun ini.

Pengurusan Tertinggi MKN menyarungkan armband kepada pemain MKN FC

Majlis diteruskan dengan simbolik perlepasan skuad MKN FC untuk menyertai kejohanan ini dengan En. Hamzah Ishak menandatangani bola perlawanan yang akan digunakan. Turut hadir bersama ialah setiausaha kelab MKN, En. Kafrawi Ridzuan.

Simbolik perlepasan skuad MKN FC ke MAKSWIP 2022

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …