DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Sikap pengguna yang meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang atau menghalang lalu lintas adalah menjadi satu kesalahan yang boleh mengakibatkan anda dikenakan tindakan saman PDRM (K) 170A yang dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik. Sikap sebegini turut menghalang laluan orang ramai dan membahayakan pengguna jalan serta menganggu lalu lintas jika berlaku kecemasan.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada hari ini telah mengambil tindakan penempatan anggota Penguatkuasa di beberapa kawasan Hotspot bagi melancarkan aliran trafik di kawasan sekitar Bandaraya Pulau Pinang. Tindakan ini merupakan pemantauan harian yang dilaksanakan oleh Unit Trafik MBPP.


Para pengguna jalanraya adalah dinasihatkan supaya sentiasa merancang perjalanan dan memandu secara berhemah semasa memandu dan memberhentikan kenderaan anda di tempat yang betul tanpa menghalang traffik atau melanggarkan undang-undang jalanraya.
Sumber:
Laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP