KERAJAAN BINA RUMAH BARU MANGSA BANJIR DI KELANTAN : PM

PASIR MAS – Kerajaan akan membina lima buah rumah baharu milik penduduk di Rantau Panjang, di sini yang musnah akibat banjir pada Sabtu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, projek bina baharu itu akan dikendalikan oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

PM berharap pemilik rumah yang terlibat dapat melaporkan segera berhubung perkara ini kepada pejabat daerah atau pemimpin masyarakat di kawasan masing-masing.

Datuk Seri Ismail Sabri turut menyampaikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir di PPS dalam lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gelang Mas di sini pada Rabu. Hadir sama ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau juga memaklumkan bahawa pada masa sama mangsa banjir akan turut menerima baucar pembelian barangan untuk membaiki rumah, barangan elektrik, membaiki kenderaan dan banyak lagi seperti yang diumumkan sebelum ini.

Beliau berkata, kerajaan juga akan memberikan bantuan sebanyak RM10,000 kepada keluarga yang menjadi korban banjir.

 

 

 

 

 

SUMBER : SINAR HARIAN & FB DATO’ AHMAD YAKOB

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …