DR. NOR’AISHAH DILANTIK SEBAGAI PENGARAH KESIHATAN NEGERI WPKLP YANG BARU

Tahniah dan syabas diucapkan kepada YBrs Dr Nor’Aishah Abu Bakar, anak jati Kampung Bharu, Kuala Lumpur yang telah dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa mulai 1 Mac 2022. Beliau menggantikan YBhg Datuk Dr Param Jeeth Singh A/L Pakar Singh yang telah bersara wajib pada 21 Februari 2022.
Sebelum ini, YBrs Dr Nor’Aishah merupakan Timbalan Pengarah (Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan), Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM. Semasa pandemik COVID-19, Cawangan Kualiti memainkan peranan utama dalam Pencegahan dan Kawalan Infeksi, COVID-19 Mortality Surveillance and Review, Program Vaksinasi COVID-19 Hospital KKM, Kesihatan Pekerjaan Anggota Hospital KKM dan pemantauan KPI.
Beliau merupakan seorang yang berpengalaman sebagai Pakar Perubatan Kesihatan Awam selama 18 tahun khususnya dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan kesihatan. Dr Nor’Aishah seringkali dijemput mewakili Malaysia sebagai pakar dalam bidang Keselamatan Pesakit di peringkat antarabangsa. Beliau pernah bertugas di Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu, Hospital Kota Bharu dan Lyell McEwin Hospital, South Australia.
Selamat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan. Semoga Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan dan Putrajaya akan terus cemerlang di bawah kepimpinan beliau.
SUMBER: FB NOOR HISHAM ABDULLAH https://www.facebook.com/DGHisham

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut