DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik & Keselamatan Kesihatan)
PULAU PINANG: Seramai 279 anggota tentera, staf awam KEMENTAH dan seluruh keluarga terdiri daripada pasukan di bawah naungan dan pentadbiran MK 2 Div di sekitar Pulau Pinang telah menerima vaksin dos penggalak yang dilaksanakan secara Pandu Lalu di Padang Kawad 2 RAMD, Kem Sungai Ara bermula 2 hingga 3 Mac 22.

Program vaksinasi dos penggalak ini bertujuan untuk meningkatkan lagi perlindungan imunisasi dalam kalangan anggota dan keluarga yang telah lengkap dua dos vaksin bagi meningkatkan tahap imuniti dari jangkitan COVID-19.

Program ini dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan.
Selain itu, program ini juga adalah sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga dengan mengutamakan aspek kesihatan bagi mencapai tahap imuniti kelompok.
Sumber berita:
Laman Facebook Markas 2 Divisyen



