PROGRAM TAKLIMAT ISU-ISU SEMASA BERSAMA KETUA-KETUA KAMPUNG WP LABUAN

WP LABUAN – Program Taklimat Isu-Isu Semasa Bersama Ketua-Ketua Kampung anjuran Jabatan Penerangan WP Labuan, pada 2 Mac di Bangunan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Labuan.
Pada program itu wakil dari Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan menyampaikan taklimat mengenai isu-isu kepenggunaan.
Manakala wakil dari Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Labuan pula menyampaikan taklimat mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).
Para Ketua Kampung berpeluang berinteraksi sekaligus mendapatkan pelbagai maklumat yang berguna bagi disebarluaskan kepada masyarakat atau komuniti di peringkat kampung.
Turut diadakan Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Bakul Makanan Persatuan Penggiat Media Labuan kepada beberapa Ketua Kampung untuk disampaikan kepada warga Labuan yang terkesan dalam kejadian banjir tempoh hari.
Hadir sama Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, En. Ab Rasil Hajatil dan Presiden Persatuan Penggiat Media Labuan, En. Jainudin Djimin.
Sumber: Jabatan Penerangan WP Labuan
Foto : Jeffrey Nian
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …