DBKL DAN AGENSI SERBU RUMAH URUT

KUALA LUMPUR – Satu serbuan di sebuah premis rumah urut oleh DBKL bersama PDRM IPD Sentul telah berjaya menemukan premis rumah urut yang menawarkan khidmat seks di kawasan Kepong pada 24 Februari 2022.

Kesemua pekerja dan pelanggan telah ditahan dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk siasatan dan tindakan lanjut. Tindakan tutup premis (sealed) di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976 diambil. Tindakan sita turut dilaksanakan melibatkan barang bukti seperti 210 paket kondom, peralatan CCTV dan invois pelanggan.

Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan terhadap premis perniagaan tidak berlesen dan yang menjalankan aktiviti tidak bermoral akan diteruskan dari semasa ke semasa oleh DBKL.

Keprihatinan dan kerjasama warga kota untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aduan melalui atas talian di https://adukl.dbkl.gov.my adalah amat dialu-alukan.

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

#dirgahayuKualaLumpur

#KL50

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …