DBKL TERUS GEMPUR PENJAJA WARGA ASING

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berterusan melaksanakan tindakan penguatkuasaan di sekitar Pasar Pudu dan Pasar Harian Selayang terhadap peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen pada 24 Februari 2022 yang lalu.

Di Pasar Pudu, tindakan sita serta merta telah dilaksanakan oleh petugas yang membuat pemantauan di sekitar lokasi. Kesalahan adalah di bawah UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Manakala pemantauan dan pemeriksaan oleh anggota penguatkuasa (Unit Pasar Borong) di Pasar Harian Selayang telah menemukan 3 lot gerai yang dikendalikan oleh warga asing. 4 notis kompaun kesalahan di bawah seksyen 38(1)(c) UUK Pasar (WPKL) 2016 iaitu menjadi kesalahan kepada pemilik gerai dimana tidak boleh mengambil mana-mana pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah.

2 tindakan sita dan tutup lot gerai yang dikendalikan oleh warga asing telah dilaksanakan di lokasi ini.

Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa. Warga kota yang ingin membuat sebarang aduan boleh menyalurkan kepada DBKL secara atas talian seperti link yang telah disediakan: https://adukl.dbkl.gov.my

 

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

#dirgahayuKualaLumpur

#KL50

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …