8,597 MANGSA BANJIR MASIH BERADA DI 30 PPS DI KELANTAN

KOTA BHARU – Walaupun hanya mengalami hujan di beberapa tempat, namun jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini masih tinggi.

Menurut portal InfoBencanaJKM, sehingga jam 5.26 petang Selasa, seramai 8,597 mangsa banjir dipindahkan ke 30 buah PPS di empat buah daerah iaitu Tanah Merah, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Kota Bharu (Tumpat).

Jumlah tersebut adalah dari 2,865 keluarga yang terdiri daripada 5,379 dewasa, 2,999 kanak-kanak, 219 bayi, 412 warga emas dan 41 orang kurang upaya (OKU).

Sementara itu, menurut portal Mypublic Infobanjir, dua sungai utama masih di paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panajng dan Kuala Jambu.

Walaupun keadaan cuaca di beberapa kawasan kembali cerah, namun kawasan-kawasan berisiko masih ditenggelami air terutamanya di jajahan Pasir Mas.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan arahan pihak berwajib untuk berpindah dan sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa berada di PPS.

 

 

SUMBER : INFOBENCANA JKM, EBANJIR PORTAL KELANTAN & SINAR HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …