RANTAU PANJANG – Banjir yang berlaku sejak 25 Februari 2022 yang lalu telah menenggelamkan beberapa kawasan di negeri Kelantan.
MKN Kelantan pada hari ini 1 Mac 2022 telah membuat tinjauan bagi melihat keadaan terkini situasi banjir yang masih lagi belum surut iaitu di kawasan Rumah Prima Lubok Jong dan beberapa kawasan di Rantau Panjang.
Tinjauan diketuai oleh Pengarah Keselamatan Negeri Kelantan, Tuan Haji Jefny bin Muhamad, diiringi oleh beberapa pegawai dan staf. Turut serta semasa tinjauan tersebut ialah wakil daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pasir Mas selaku salah satu agensi penyelamat dalam operasi pemindahan banjir.