PEMANTAUAN DAN TINDAKAN BERTERUSAN TERHADAP PENJAJA WARGA ASING

KUALA LUMPUR, 22 FEBRUARI 2022 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan 24 jam pada setiap hari terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur, Pusat Bandar Utara dan Taman Wilayah.

Sebanyak 6 tindakan sita telah dilaksanakan di bawah kesalahan UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja 2016 terhadap penjaja yang menjalankan perniagaan tanpa lesen perniagaan yang sah.

Tindakan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengekang lambakan penjaja warga asing dan penjaja tanpa lesen di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur dan sekitar pusat bandar utara.

Sebarang aduan, warga kota boleh menyalurkan kepada pihak DBKL secara atas talian seperti link yang telah disediakan:

https://adukl.dbkl.gov.my

 

# klbandarku

# KLbandaruntuksemua

#dirgahayuKualaLumpur

#KL50

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …