MAJLIS PELANCARAN MENARA PENGUATKUASA JABATAN PENGUATKUASAAN DBKL

KUALA LUMPUR, 22 JANUARI 2022 –  Majlis Perasmian Menara Penguatkuasa, Jabatan Penguatkuasaan DBKL di Jalan Yaakob Latif, Cheras Kuala Lumpur  telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.

Menara Penguatkuasa yang baru ini telah dibahagikan kepada beberapa bahagian yang merangkumi banggunan pejabat setinggi 15 tingkat yang mempunyai fasiliti seperti Auditorium, Kaunter Khidmat Pelanggan, Bilik Siap Siaga, Bilik Pemantauan CCTV dan Bilik Kawalan Operasi. Selain itu terdapat juga padang kawad dan juga banggunan depoh kenderaan.

Di dalam majlis yang sama turut diadakan Perasmian Pelan Strategik Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2022-2026.

Pelan Strategik ini berfokuskan kepada empat Objektif iaitu Pemerkasaan Penguatkuasaan Undang-Undang, Pengukuhan Libat Sama Masyarakat, Pengukuhan Penguatkuasa Profesional Dan Berkeupayaan, Pemantapan Nilai Murni & Keterampilan Penguasa Bandaraya.

Turut hadir bersama adalah YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

FOTO OLEH: WILAYAHKU

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …