PENGHARGAAN KEPADA ATLET PULAU PINANG

PULAU PINANG, 24 Februari 2022- Sebagai galakan dan penghargaan kepada atlet Pulau Pinang yang cemerlang dalam sukan, Ketua Menteri Pulau Pinang telah menyampaikan insentif berjumlah RM 5,400 di bawah Skim Insentif Kecemerlangan Sukan (SKIMAS) Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada dua atlet yang memenangi pingat dalam kejohonan sukan Asian Youth Paralympic Games (AYPG) yang telah berlangsung dari 2 hingga 6 Disember 2021 di Bahrain. Zy Lee Kher (15 tahun), pemenang pingat emas dalam acara renang 200 meter gaya bebas lelaki, pingat gangsa dalam acara renang 200 meter kuak kupu-kupu dan 200 meter rampaian individu telah menerima insentif sebanyak RM4200, manakala Mohd. Amin Azmin (18 tahun), pemenang pingat perak dalam acara badminton telah menerima insentif sebanyak RM1200 dalam sesi penyampaian penghargaan  pada 23 Februari 2022.

 

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …