PROGRAM JUALAN KELUARGA MALAYSIA: MERINGANKAN KOS SARA HIDUP

Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Negeri Pulau Pinang telah berlangsung di beberapa lokasi pada 19 Februari dan 20 Februari 2022 yang lepas dan program ini telah mendapat sambutan hangat oleh pengunjung. PJKM bertujuan membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutama golongan B40 melalui tawaran barang keperluan harian dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran tempatan.

Menerusi info yang diterima melalui Laman Facebook milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang terdapat pelbagai barang keperluan asas yang ditawarkan dengan harga yang lebih rendah antara 15%-30% seperti telur,ayam,beras dan lain-lain dengan harga seperti berikut:
Beras SST 5KG : RM10
Ayam Standard: RM10/ekor
Daging Segar Tempatan: RM32/kg
Telur Gred C : RM9
Telur Gred B : RM10
Susu Krimer : RM2
Sardin : RM3
Combo Minyak 2kg & Tepung Gandum 1kg : RM5
Combo Sayuran : RM2 @ 3 pek RM5
Orang awam boleh terus melawati Page Rasmi KPDNHEP Pulau Pinang bagi mendapatkan info terkini jadual PJKM.
#KeluargaMalaysia

 

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut