JAS NEGERI PULAU PINANG ARAH PEMAJU PERUMAHAN, OPERATOR KUARI HENTI OPERASI SERTA MERTA

BAYAN LEPAS, 21 Februari 2022 – Pada 20 Februari 2022 (Ahad) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang telah mengarahkan pemaju perumahan dan operator kuari di Persiaran Kelicap, Sunga Ara di sini, menghentikan semua operasi serta merta susulan melanggar peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 berikutan aktiviti kuari selepas tempoh sah Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) tamat pada 7 Disember tahun lalu. Notis arahan telah diberikan kepada pemaju perumahan dan operator kuari tersebut menerusi serahan tangan.

Menurut Pengarah JAS Negeri Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab, JAS Negeri Pulau Pinang telah menerima aduan penduduk yang tinggal kira-kira 70 meter dari tapak itu mengenai kuari yang masih beroperasi selepas tempoh yang dibenarkan dan menimbulkan kacau ganggu.

Menurut beliau lagi, menerusi intipan menggunakan dron dan siasatan bersama pasukan penguat kuasa minggu lalu, mendapati kedua-duanya masih menjalankan aktiviti pemecahan batu dan menggunakan meriam air hingga menghasilkan bunyi bising serta menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk berdekatan.

Pemaju dan kontraktor kuari turut dipanggil dan dinasihati supaya mematuhi arahan JAS untuk tidak menjalankan aktiviti kuari selepas tempoh kelulusan laporan EIA tersebut tamat. Tapak itu juga pernah menerima beberapa Notis Arahan dan Notis Berhenti Kerja sepanjang operasi atas isu kacau ganggu yang sama menerusi kenyataan Pengarah JAS lagi.

Justeru itu, JAS kini dalam proses penyediaan kertas siasatan bagi membawa pemaju serta kontraktor ke mahkamah atas kesalahan mengikut Seksyen 34 A, Seksyen 31 dan 38, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Sumber berita dan gambar :

Laman Facebook Jabatan Alam Sekitar dan Harian Metro

#alamsekitar

#jas

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …