TEKONG ANGKUT PATI GUNA MPV MEWAH

Dua lelaki tempatan yang bertindak sebagai tekong darat berjaya dicekup semasa membawa 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah secara berasingan di jalan Kampung Batu 4, Tanah Merah pada 20 Februari 2022 (Ahad).

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf memaklumkan, kenderaan jenis Toyota Vellfire dan Hyundai Starex itu ditahan pada jam 10 pagi. Kedua-dua tekong warga tempatan yang ditahan itu berusia 40 dan 49 tahun. Siasatan keatas MPV mendapati kesemua 24 PATI yang berusia 3 hingga 41 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod perjalanan dan dokumen sah.

Hasil soal siasat awal kesemua PATI itu telah diambil di kawasan Kampung Wakaf Simen, Nibong untuk dihantar ke Kuala Lumpur sebagai pekerja. Dua tekong darat itu mengaku menerima upah sebanyak RM1,500 untuk menghantar PATI itu dari Kelantan ke Kepong.

Kedua-dua pemandu terbabit akan disiasat bawah Seksyen 26 J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63.

Selain itu, hasil ujian saringan juga mendapati dua PATI positif Covid-19.

Sumber: SINAR HARIAN

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …