PENJUALAN TIKET VTL MALAYSIA-SINGAPURA DIBUKA SEPENUHNYA SERTA MERTA

Penjualan tiket bas dan penerbangan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Malaysia-Singapura dibuka sepenuhnya berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, keputusan 100 peratus daripada kapasiti bas dan penerbangan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko semasa serta persetujuan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menurut beliau lagi, penjualan tiket penerbangan akan dibuka dan berkuat kuasa serta-merta untuk perjalanan segera manakala bagi tiket bas perjalanan adalah bermula 22 Februari ini.

Inisiatif VTL itu telah berjaya meningkatkan jumlah pengendalian penumpang antarabangsa dan membantu meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi negara. Sehingga 14 Februari 2022, seramai 171,583 pengembara daripada Singapura telah memanfaatkan insiatif ini.

Beliau berkata, Malaysia dan Singapura sedang mengadakan perbincangan lanjut bagi memperluaskan laluan VTL udara ke Pulau Pinang dan Kota Kinabalu untuk dilaksanakan tidak lama lagi. Menteri Pengangkutan memaklumkan bahawa dalam hubungan ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Malaysia Airports Holdings Berhad sedang menyediakan fasiliti ujian saringan COVID-19 dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan di lapangan terbang bagi menyokong pelaksanaan inisiatif tersebut kelak.

Beliau berharap inisiatif ini dapat dimanfaatkan rakyat serta merancakkan sektor pelancongan dan seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi bagi kedua-dua negara.

Sumber berita dan gambar :

Sinar Harian

#KeluargaMalaysia

#vtl

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …