JOM SERTAI SKUAD WAJA

Jabatan Pembangunan Wanita mencari warganegara Malaysia yang bersemangat waja dengan tujuan dapat memperkasakan komuniti melalui psikososial dan membantu dalam membina sebuah masyarakat yang harmoni.

WAJA bermaksud Wanita Anti Jenayah adalah program bagi meningkatkan kesedaran seluruh masyarakat dunia untuk mengambil tindakan bagi menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita.

Apa itu Skuad WAJA ?

Skuad Waja ialah satu program sukarelawan di bawah seliaan JPW yang dilatih dengan menggunakan Modul Skuad Waja iaitu merangkumi aspek membantu dengan teknik (E.A.R.S) serta informasi berkaitan dengan isu keganasan dan jenayah yang sering melibatkan wanita sebagai mangsa.

Syarat-syarat Penyertaan:-

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas,
  • Bersemangat tinggi dalam bidang sukarelawan,
  • Suka membantu dan berkhidmat kepada komuniti secara sukarela,
  • Mempunyai minat dalam melaksanakan program atau aktiviti kemasyarakatan,
  • Bersemangat kental dalam usaha menangani keganasan terhadap wanita dalam komuniti.

APAKAH Kelebihan yang akan diperoleh?

  • Anda akan mendapat latihan dan bimbingan secara PERCUMA daripada tenaga pakar yang terlatih.
  • Pengalaman berharga menyantuni pelbagai latar kehidupan masyarakat
  • Kemahiran berkomunikasi dan semangat kerja berpasukan
  • Sijil Penyertaan

Sertai kursus secara dalam talian menerusi EdApp di pautan seperti berikut:

https://www.edapp.com/ dan daftar EdApp dengan kod: SKUADWAJA

Ayuh sama-sama kita hentikan segala bentuk keganasan terhadap Wanita !

#SkuadWaja

#HentikandanLaporkan

#Hentikankeganasanterhadapwanita

#Stopviolence

#KPWKMPrihatin

SUMBER: FB PEJABAT PEMBANGUNAN WANITA WILAYAH PERSEKUTUAN  https://www.facebook.com/JPWanitaKL

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …