LATIHAN MENEMBAK TAHUNAN PEGAWAI KANAN POLIS IPD BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 14 FEBRUARI 2022 – Cawangan Persenjataan bersama Cawangan Latihan IPD Brickfields   telah menganjurkan Latihan Menembak Tahunan Pegawai Kanan Polis IPD Brickfields di Lapang Sasar Pasukan Gerakan Am Cheras.

 

 

Hadir menjalani latihan ialah YDH ACP Amihizam bin Hj. Abdul Shukor, Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt. Basri bin Sagoni, Timbalan Ketua Polis Daerah, Ketua-ketua Bahagian / Cawangan, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis IPD Brickfields.

 

Latihan ini bertujuan untuk mempelajari pengendalian serta menembak senjata pistol jenis CZ P-10C. Dalam masa yang sama dapat mempertingkatkan lagi kemahiran menembak di kalangan PKP IPD Brickfields.

Turut diadakan pertandingan menembak jatuh piring (Falling Plate) bagi Pegawai Kanan Polis. Latihan kemahiran menembak ini selesai dengan jayanya pada jam 12.30 tengahari.

#StaySafe

#KitaJagaKita

#ThinkBeforeActing

#JustDoaUsahaIkhlasTawakal

#ipdbffebruari2022

SUMBER: FB POLIS BRICKFIELDS https://www.facebook.com/polisbrickfields

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …