LHDNM: AWAS PENIPUAN KEWANGAN DAN PERCUKAIAN

Menerusi Laman Facebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDMN), satu peringatan penting telah dikeluarkan oleh Agensi berkenaan agar orang awam sentiasa berwaspada dengan panggilan yang dibuat menggunakan nama Agensi tersebut. LHDNM tidak membuat panggilan melalui telefon bimbit mahupun menyambung panggilan ke Agensi lain seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Mahkamah dan lain-lain Agensi.

 

Terbaru, terdapat juga dakwaan bahawa panggilan scammer turut dibuat melalui nombor telefon pejabat. Orang awam dinasihatkan untuk membuat semakan terus kepada LHDNM menerusi laman facebook rasmi Agensi berkenaan ataupun membuat semakan terus ke laman web Jabatan Sisatan Jenayah Komersil, PDRM di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/.

 

Jangan mudah terpedaya, semak dahulu dengan pihak berwajib untuk mendapatkan pengesahan.

 

Sumber:
Laman Facebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …