MELAKA HARI INI BOLOT TIGA ANUGERAH EMAS

 

BANDARAYA MELAKA 14 Feb – Melaka Hari Ini membolot tiga Anugerah Emas pada malam Anugerah Media Melaka 2021 yang berlangsung di Hotel LaCrista, malam tadi.

Anugerah yang dimenangi Melaka Hari Ini adalah Anugerah Berita Cemerlang, Anugerah Laporan TV Cemerlang dan Anugerah Emas Ketua Menteri Melaka.

Anugerah Berita Cemerlang dimenangi wartawan Mohamad Fazrul Abdul Majid dan Faiz Hasan dengan laporan berita bertajuk ‘Pencemaran Kritikal’ sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah RM3,000 berserta trofi.

Laporan khas itu memaparkan kisah pencemaran di Sungai Punggor Paya Redan yang membelenggu penduduk tatkala musim kering itu disiarkan di dalam akhbar Melaka Hari Ini edisi 30 Nov – 6 Dis 2020 lalu.

Anugerah Perak bagi kategori berita cemerlang pula dimenangi wartawan Utusan Malaysia Amran Mulup manakala Anugerah Gangsa diraih Teh Siau Tiong dari Sin Chew Daily.

Selain itu, Melaka Hari Ini turut menggondol Anugerah Emas bagi kategori laporan TV cemerlang menerusi wartawan penyiaran, Muhammad Faris Haikal Zakaria dengan laporan Dokumentari Adat Perpatih.

Kejayaan itu membolehkannya membawa pulang hadiah kemenangan RM3,000 berserta trofi.

Malam gemilang Melaka Hari Ini dilengkapkan dengan Anugerah Emas Ketua Menteri Melaka yang diberikan sebagai penghargaan kepada media rasmi kerajaan negeri itu dalam menyampaikan laporan berita dan dasar-dasar kerajaan negeri kepada rakyat.

Anugerah itu disampaikan sendiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali kepada Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Hari Ini Sdn Bhd Datuk Seri Abdul Jalil Hamid.

BARISAN pemenang Anugerah Media Melaka 2021. Foto: Mohd Azren Jamaludin

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MEDIA MELAKA 2021:

A) Laporan TV Cemerlang

Emas: Mohamad Faris Haikal bin Mohd Zakaria
(Dokumentari Adat Pepatih) – Melaka Hari Ini

Perak: Baharudin bin Mohamed
(Lampu Solar Orang Asli) – TV3

Gangsa: Mahdi Bin Abd Manaf
(Keris Pusaka Melayu Melaka) – TV3

B) Kandungan Radio Cemerlang

Emas: Raihan Abdul Rahim
(Melaka Bersejarah Menggamit Dunia) -RTM Melaka

Perak: Nor’ Amalina Abdul Halim
(Arah Kiblat) – RTM Melaka

Gangsa: Mohammad Azizi Shahril Abd Razak
(Persada Pantun) – RTM Melaka

C) Anugerah Rencana Cemerlang

Emas: Nazri Abu Bakar
(Rumahku Muzium 2 juta) – Harian Metro

Perak: Shanika Abdullatib
(Hilang Udang Geragau Lenyaplah Belacan Melaka) – BERNAMA

Gangsa: NurShuhadah Kadir
(Deepavali: Hidupkan Warisan Masyarakat Chetti, Elak Kepupusan) – Awani

D) Anugerah Berita Cemerlang

Emas: Mohamad Fazrul bin Abdul Majid / Mohd Faiz bin Abu Hassan
(Pencemaran Kritikal) – Melaka Hari Ini

Perak: Amran Mulup
(Tidak Sekolah Tiada Sijil Lahir) – Utusan Malaysia

Gangsa: Teh Siau Tong
(Kerajaan Melaka dan Jabatan Perikanan Melaka Mencadangkan Tiga Pulau diwartakan sebagai ‘Taman Laut’ termasuk Pulau Undan, Pulau Dodol dan Pulau Nangka) – Sin Chew Daily

E) Anugerah Foto Cemerlang

Emas: Iqmal Hakim Rosman
(Musim Bunga Keladi Macam dekat Oversea) – Harian Metro

Perak: Ahmad Shahrin Syafeeq Ahmad Zamzuri
(Year End Polls in Sarawak? Analysis believe the November 20 Melaka polls, as asntobe lead to elections in Sarawak before the year is out.uncertainty over the allegiance of the soob) – NSTP

Gangsa: Rashidah Abdul Rahim
(Kesan Pencemaran Tumpahan Minyak) – BERNAMA

F) Anugerah Personaliti Media Cemerlang

Emas: Nurul Asyikin Abdul Halim – RTM Melaka

Perak: Nor Farhana Yaacob – Sinar Harian

Gangsa: Malini A/P Rangasamy – Makkal Osai

G) Anugerah Khas Ketua Menteri Melaka

– Dewan Bahasa dan Pustaka
– RTM
– Bernama
– TV3
– Sin Chew Daiy

H) Anugerah Emas Ketua Menteri Melaka

– Melaka Hari Ini (MHI)

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut