TAMBAHAN 14 PPV LAGI UNTUK PICKids DIBUKA DI PULAU PINANG

SEBERANG JAYA, 15 Februari 2022 – Sebanyak 14 lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah dibuka bagi menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Pulau Pinang. Sehingga kini, sebanyak tujuh (7) buah PPV telah dibuka selepas program suntikan vaksin bagi kanak-kanak berusia lima (5) hingga 11 tahun bermula pada 7 Februari 2022 lalu. 14 PPV berkenaan dibuka bagi mempercepatkan proses suntikan bagi golongan kanak-kanak di Pulau Pinang.

Menurut Exco Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan, Dr Norlela Ariffin pada Majlis Perasmian Kursus 2nd Northern Region Ultrasound Handheld Course (NRUSH 2.0) 2022 pada Isnin yang lalu, 14 buah PPV berkenaan dibuka bagi mempercepat proses suntukan vaksin bagi golongan kanak-kanak namun perincian mengenai 14 buah PPV baharu ini akan dimaklumkan kelak. Pembukaan 14 buah PPV ini akan melibatkan setiap daerah di Negeri Pulau Pinang.

Sebagai permulaan, hanya dua (2) buah PPV PICKids dibuka di Pulau Pinang iaitu di Hospital Pulau Pinang dan Hospital Seberang Jaya. Selepas itu, lima (5) lagi PPV dibuka iaitu Tapak Pesta Sungai Nibong; Dewan Sunshine Bayan Baru; Sunshine Bertam; Tapak Ekspo Seberang Jaya dan Dewan MPKK Bandar Cassia.

Sebelum ini, seramai 40,000 daripada 160,000 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Pulau Pinang sudah berdaftar untuk divaksinasi. Bagi permulaan suntikan vaksin yang bermula pada 7 Februari lalu, ia hanya melibatkan kanak-kanak yang mempunyai komorbid atau tergolong dalam kalangan yang berisiko tinggi.

Sehingga Jumaat, seramai 530 kanak-kanak berusia lingkungan lima hingga 11 tahun di Pulau Pinang telah mendapatkan suntikan vaksin menerusi PICKids. Jumlah itu adalah 430 kanak-kanak di bahagian pulau, manakala 100 di bahagian seberang.

Sumber berita dan gambar :

Sinar Harian

#KeluargaMalaysia

#PICKids

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SIMULASI KEBAKARAN PERUMAHAN ATAS AIR DAN PENTAULIAHAN BOMBA KOMUNITI TANJUNG BATU SECARA KOLABORASI DI ANTARA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI SABAH BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH

TAWAU (16 Mei 2024): Selaras dengan objektif meningkatkan kesedaran dalam menjaga keselamatan komuniti, MKN Sabah bersama JBPM Sabah dengan sokongan …
Maklumat Lanjut

‘RUMAH MADU’ PERTAMA DI TERENGGANU

Menyebut mengenai madu, pasti ramai yang akan melenting jika tersalah tafsir terutamanya golongan para isteri kerana terfikir bahawa madu yang …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗗𝗘𝗥𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Pulau …
Maklumat Lanjut