KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 MENURUN KEPADA 1.43

Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 dilaporkan menurun pada tahap 1.43 pada 13 Februari 2022 (Ahad) berbanding 12 Februari 2022 (Sabtu) 1.49 berdasarkan data yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya pada 14 Februari 2022 (Isnin). Labuan masih merekodkan kadar tertinggi sekali gus melepasti Rt negara dengan kadar 1.90.

Sarawak mencatatkan 1.61 manakala Sabah 1.60 diikuti Pulau Pinang (1.44); Perlis (1.43); Pahang (1.39); Selangor (1.37) dan masing-masing 1.35 di Johor, Kelantan dan Kedah. Terengganu dan Negeri Sembilan mencatatkan kadar 1.34 manakala Putrajaya 1.30 diikuti Perak (1.27), Kuala Lumpur (1.22) dan Melaka (1.19).

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai Rt, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Pada Ahad lalu, kes COVID-19 dilaporkan menurun dengan 21,072 berbanding 22,802 pada Sabtu, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,040,235 kes. Daripada jumlah itu, 99.59 peratus atau 20,986 kes adalah kategori satu dan dua.

Sumber info :

SINAR HARIAN

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …