BICARA NEGARAWAN: PEMIKIRAN & KEPIMPINAN TUN HUSSEIN ONN

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah merasmikan Bicara Negarawan : Pemikiran dan Kepimpinan Tun Hussein Onn sempena 100 Tahun Kelahiran Allahyarham Tun Hussein Onn.

Bicara negarawan ini selari dengan matlamat kedua Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN) iaitu mengukuhkan perpaduan dan keperibadian serta jati diri rakyat dan identiti nasional.

Penganjuran program bermanfaat oleh Arkib Negara Malaysia (ANM) ini menjadi motivasi sekaligus meningkatkan semangat patriorisme dan jati diri dalam kalangan masyarakat Keluarga Malaysia.

Bicara Negarawan : Pemikiran dan Kepimpinan Tun Hussein Onn ini juga telah dihadiri oleh ahli panel yang berpengalaman luas iaitu YBhg. Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir bin Abdul Samad, bekas Setiausaha Politik Tun Hussein Onn dan moderatornya ialah Prof. Madya Hamidin bin Abdul Hamid, Pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

 

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dalam coretan di dalam laman Facebook miliknya berkata ‘Pengalaman kerjaya Tun Hussein Onn sebagai tentera, penjawat awam dan peguam diguna dalam mentadbir negara pada ketika itu amat luar biasa dan impaknya dapat kita dirasai sehingga hari ini. Ayuh contohi kepimpinan Allahyarham Tun Hussein Onn untuk kita sama-sama meningkatkan nilai integriti dalam kepimpinan kita’.

 

#MyMOTAC

#MySeniBudaya

#MalaysiaTrulyAsia

#ComingBackStronger

#KeluargaMalaysia

SUMBER:

FB KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA  https://www.facebook.com/MyMOTAC 

FB HAJAH NANCY HAJI SHUKRI https://www.facebook.com/hajahnancyshukri

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …