PERHILITAN PERAH SAHKAN GAJAH CEROBOH KEM TENTERA DI GERIK

IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan kejadian seekor gajah menceroboh kem tentera, Kem Sri Banding di Gerik dekat sini, yang tular di media sosial.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff, berkata gajah itu menceroboh gudang simpanan rangsum tentera di kem berkenaan.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya tidak pasti bila sebenarnya kejadian itu berlaku kerana ia kerap terjadi. “Kem itu ada pagar letrik… mungkin ada kerosakan, voltage drop,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video tular, memaparkan seekor gajah merosakkan beberapa peralatan menerusi luar tingkap di sebuah premis dipercayai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Video berkenaan turut disertakan dengan keterangan mengenai lokasi kejadian iaitu di Kem Sri Banding, membabitkan premis stor simpanan rangsum atau makanan tentera ketika menjalani latihan atau misi.

Pada Januari 2018, media pernah melaporkan mengenai gangguan gajah di Kem Sri Banding yang berkesudahan dengan kematian gajah terbabit akibat terkena renjatan elektrik.

Yusoff berkata, kawasan Hutan Belum, Temengor dan di sekitarnya memang menjadi habitat gajah dan pernah juga dilihat di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa.

Menurutnya, bau makanan, khususnya yang masin selalunya menarik kehadiran gajah-gajah kerana dietnya boleh berubah.

“Sebab itu kita nasihatkan orang ramai supaya jangan beri hidupan liar makan. Sisa-sisa makanan yang tidak diurus dengan betul, bila hidupan liar makan secara perlahan-lahan akan merubah diet mereka,” ujarnya.

“Tabiat hampir semua binatang, mereka akan datang semula ke lokasi yang mereka cari makan, lebih-lebih lagi kalau tempat yang pernah dikunjungi itu mudah untuk mendapatkan makanan dan sedap pula dengan ada masin garam,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

KUTIPAN SAMPAH DI MELAKA DIAWALKAN PADA MALAM RAYA

Klebang – Operasi kutipan sisa domestik di Negeri Melaka akan diawalkan bermula jam 12.30 tengah malam pada malam raya sebagai …

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …