BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN LABUAN, SEBUAH KAPAL TELAH DITAHAN AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA ZON LABUAN

WP LABUAN – Bersauh tanpa kebenaran di perairan Labuan, sebuah kapal perkhidmatan luar pesisir (OSV) telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Labuan pada 9 Februari 2022.
Pengarahnya, Kepten Nudin Jusoh berkata, kapal berkenaan dikesan sedang bersauh di kedudukan 1.82 batu nautika tenggara Pulau Daat oleh kapal ronda KM Adil yang sedang melakukan rondaan rutin.
Dalam satu kenyataan media beliau memaklumkan, KM Adil kemudiannya merapat untuk melakukan pemeriksaan.
Hasil pemeriksaan mendapati dua lelaki warga tempatan masing-masing berumur 25 tahun berada di atas vesel tersebut. Nama kedua-dua lelaki itu didapati tiada dalam senarai kru, sebaliknya mereka telah diupah oleh pihak syarikat untuk menjaga vesel terbabit.
Vesel berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1956 kerana bersauh tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia. Kru dan kapal tersebut ditahan untuk siasatan lanjut.
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …