BOT TUNDA DITAHAN APMM ZON MARITIM LAKUKAN PEMINDAHAN KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

WP LABUAN – Sebuah bot tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan kerana melakukan pemindahan air tanpa kebenaran di perairan Labuan kelmarin (13 Februari 2022).
Pengarah Zon Maritim Labuan Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata ketika pasukannya melakukan rondaan mendapati sebuah bot tunda sedang berhimpit pada sebuah kapal tangki di kedudukan 0.3 batu nautika dari pulau Labuan.
Apabila pemeriksaan dilakukan, bot berkenaan melakukan aktiviti pemindahan kapal ke kapal iaitu memindahkan air tanpa kebenaran daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia. Beliau berkata, ketika pemeriksaan dilakukan mendapati nakhoda kapal warga India bersama 8 kru yang terdiri daripada 2 warga tempatan dan 6 warga Indonesia sedang melakukan kerja-kerja berkenaan.
Susulan kejadian itu bot tunda, nakhoda serta kru kapal ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) dan jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman kompuan RM50,000 atau denda RM100,000.
Sumber: BES Labuan
#KeluargaMalaysia #MKNLabuan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …