JPS PULAU PINANG JEMPUT PAKAR KENAL PASTI KAWASAN HAKISAN

GEORGE TOWN, 10 Februari 2022 – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang sudah menjemput pakar dan akan membuat lawatan tapak bagi mengenal pasti kaedah pembaikan di pantai awam di negeri ini. Ia susulan laporan Harian Metro mengenai kawasan pesisir pantai Batu Feringghi di sini, dipenuhi bongkah batu yang diletak bagi menahan hakisan tebing dan membahayakan keselamatan pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri Zairil Khir Johari berkata, batu penahan hakisan itu adalah mitigasi sementara yang dibina pengurusan hotel berhampiran.

Pada laporan Isnin lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa pihaknya banyak menerima aduan berhubung bongkah batu berhampiran hakisan tanah itu sejak penghujung tahun lalu.

Bongkah batu itu bukan sahaja diletak di tebing bagi mengelak hakisan, tetapi turut terdapat di pesisir pantai dan boleh membahayakan nyawa pengunjung ketika mandi manda.

Sumber berita dan gambar:

Harian Metro

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …