KERTAS SIASATAN PENDAKWAAN KEBAKARAN DI PULAU BURUNG SEDANG DILENGKAPKAN

GEORGE TOWN, 10 Februari 2022 – Kebakaran tapak pelupusan sampah yang berlaku di Jalan Byram, Seberang Perai Selatan pada petang 12 Januari 2022 telah mengakibatkan lebih 11 hektar daripada kawasan tersebut terbakar. Penduduk berhampiran telah diminta berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS), manakala 10 sekolah berdekatan diarah tutup demi keselamatan semua pihak.

Susulan kejadian itu, kertas siasatan pendakwaan terhadap pihak pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal Pulau Burung Fasa 1 di Nibong Tebal, Pulau Pinang sedang dilengkapkan. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Wan Abdul Latiff Wan Jaffar, pendakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 bagi kesalahan pembakaran terbuka dan mengikut Seksyen 34A AKAS 1974 bagi pelanggaran syarat Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA).

Pihak JAS juga meneruskan pemantauan dan pengukuran kualiti udara di kawasan berhampiran penduduk dengan menggunakan alat ‘portable particulate analyser’ di lokasi sensitif bagi mengukur kehadiran gas toksik di sekitar tapak pelupusan sisa pepejal berkenaan. Selain itu, stesen pemantauan kualiti udara bergerak turut ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Byram, Nibong Tebal untuk mengukur status kualiti udara bagi mendapatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan terbabit.

Sumber berita dan gambar:

Harian Metro dan BH Online

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) OPS SELERA …
Maklumat Lanjut

KURSUS ASAS PERUNDING KRISIS KEGANASAN

Kursus Asas Perunding Krisis Keganasan telah diadakan pada 7 hingga 9 Julai 2025 betempat di Kem 1 Briged, Rasah. Kursus …
Maklumat Lanjut

𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗗

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Latihan kawad …
Maklumat Lanjut