PENINGKATAN KES COVID-19. APAKAH NILAINYA DI SISI ANDA?

 

5720 KES! 7234 KES! 9117 KES! 11034 KES!

APAKAH NILAINYA DI SISI ANDA?

ALPAKAH KITA?

Jika dilihat kepada situasi pergerakan dan pematuhan sop rakyat, dan dibandingkan dengan peningkatan kes positif yang begitu membimbangkan, seolah-olahnya ia tidak mempunyai makna kepada rakyat.

Rakyat seperti sudah tidak mengendahkan lagi ancaman penularan virus Covid-19 – tiada lagi pematuhan SOP yang ketat. Di kedai-kedai makan, di majlis-majlis keramaian, dan banyak tempat yang lain lagi jelas berlaku perlanggaran SOP. Seolah-olahnya virus ini tidak lagi mendatangkan ancaman kepada kita.

 

Dimana silapnya sehinggakan kes positif mencanak naik???

Siapa yang harus dipersalahkan???

Adakah rakyat? Ataupun penguatkuasaan yang lemah???

 

Jika kita asyik menyalahkan pihak lain, maka β€œyang menang” tentulah Covid-19 itu sendiri. Jawapannya yang tepat ialah diri kita sendiri. Kita patut menyalahkan diri kita. Sikap sambil lewa kita yang tidak mematuhi SOP menyebabkan punca mencanaknya angka positif Covid-19 di negara kita.

MARILAH KITA BERGANDING BAHU BERSAMA-SAMA MEMATUHI SOP DEMI KESELAMATAN KITA BERSAMA DARI ANCAMAN COVID-19.

 

Nukilan, insan sedih

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗒𝗣𝗦 π—žπ—›π—”π—¦ π—Ÿπ—˜π—•π—œπ—› 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗑

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut