KEUNIKAN TANAH BENCAH SETIU (SETIU WETLANDS)

SETIU -Jika anda ingin menghilangkan penat dan lari dari kesibukan di tengah bandar, Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetlands) adalah merupakan satu destinasi yang wajib anda datang apabila mengunjungi Negeri Terengganu. Suasana persekitaran di Setiu Wetlands dapat menggamit perasaan yang tenang dan selesa.
KEUNIKAN SETIU WETLANDS.
Setiu Wetlands mempunyai sembilan ekosistem berbeza di dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai, sungai, pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau. Inilah keunikan Setiu Wetlands di mana ianya merupakan satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai ekosistem seperti ini yang saling berhubungan iaitu laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulau, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau.

Tanah lembap Setiu bukan saja unik, malah ia adalah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna digabungkan dengan laut, air yang bersih, haiwan di hutan dan juga bukit. Setiu Wetlands juga telah diisytiharkan sebagai Taman Negeri Terengganu dan berada dibawah kendalian Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu.

AKTIVITI MENARIK DI SETIU WETLANDS.

1. Aktiviti menyusuri sungai Setiu

2. Aktiviti berkayak

3. Aktiviti mencari kepah

4. Aktiviti mencari Lokan

5. Aktiviti menyusuri hutan paya bakau melalui Setiu Broadwalk

6. Pengalaman gaya hidup tradisional di Rumah Tok

7. Aktiviti perkhemahan

8. Aktiviti melihat pendaratan penyu hijau

Para pengunjung juga boleh merasai kehidupan dan amalan tradisional penduduk setempat di Setiu. Pelancong akan diperkenalkan dengan keunikan budaya penduduk di sekitar kawasan itu yang kebanyakannya terdiri daripada golongan petani serta nelayan dan sumber pendapatan mereka banyak bergantung kepada alam semula jadi di sekitar Tanah Bencah Setiu ini.

Selain itu juga, pelbagai program lain turut diadakan oleh pelbagai agensi di kawasan tersebut dan bagi tahun 2022, pelbagai perancangan telah dirancang melibatkan Setiu Wetlands seperti perkhemahan badan beruniform, sukan berbasikal, sukan lasak dan ekstrim dan banyak lagi.

Jadi, apa tunggu lagi, rancang cuti anda dan marilah berkunjung ke Setiu Wetlands.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …