PICKids KELANTAN MULA AHAD HADAPAN

 

KOTA BHARU, 07 Februari 2022 – Kelantan akan memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun di negeri itu pada Ahad depan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin memaklumkan, pihaknya sudah berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berhubung program berkenaan dimana suntikan dijangka bermula minggu hadapan di sekolah bagi memudahkan ibu bapa membawa anak-anak mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Kanak-kanak yang mempunyai penyakit berisiko tinggi dan komorbid, mereka akan dibuat penilaian kesihatan di hospital-hospital berdekatan sebelum diberi suntikan vaksin.

Ibu bapa boleh mengisi borang yang diedarkan oleh pihak sekolah atau mengisi nama anak di MySejahtera untuk memudahkan urusan pemberian vaksin.

 

SUMBER : HARIAN METRO

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …