PROGRAM OUTREACH KELUARGA MALAYSIA

Pertubuhan Dai Kuala Lumpur (DAIKL) dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MKN WPKL) dan PDRM telah menganjurkan program Outreach Keluarga Malaysia di Bera, Pahang yang melibatkan sebuah institusi Madrasah Tahfiz Zaid b Tsabit, sebuah Masjid dan 50 orang mangsa banjir di sekitar Triang.

Program ini bertujuan untuk menyantuni dan menyampaikan sumbangan berbentuk food basket dan sumbangan wang tunai kepada penerima. Program ini telah dirasmikan oleh YDH CP Dato’ Mohd Kamarudin bin Md, Pengarah JSJK Bukit Aman. Turut hadir meraikan program ini adalah YBhg. Dato’ Dr. Haji Zulkiflie bin Haji Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

#KL50  #KeluargaMalaysia

Semoga inisiatif ini menjadi asbab kemudahan dan kegembiraan buat penerima sumbangan

Gambar Ihsan : FB Pertubuhan Dai Kuala Lumpur

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …