MELAKA – Sehingga 3 Februari 2022, terdapat pertambahan 301 kes baru yang dilaporkan di Negeri Melaka, menjadikan jumlah keseluruhan individu disahkan positif COVID-19 di Negeri Melaka meningkat kepada 82,501 kes.
Terdapat sebanyak 265 kes sembuh yang dilaporkan pada hari ini menjadikan kes sembuh meningkat kepada 79,531 (96.4%) kes. Terdapat 1,997 (2.4%) kes aktif yang sedang menerima rawatan termasuk 4 kes di Unit Rawatan Rapi (dengan 2 kes sedang ventilated).
Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kes kematian kekal sebanyak 973 kes (1.2%).
Jumlah kluster aktif di negeri Melaka adalah sebanyak 17 kluster (dalam Melaka) dan tiada kluster dari luar Melaka.
#kitajagakita #COVID19
Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka