KLUSTER PENDIDIKAN DI PULAU PINANG MENINGKAT

PULAU PINANG, 4 Februari 2022 – Dua (2) kluster baharu Covid-19 telah direkodkan di Pulau Pinang dengan menjadikan kluster pendidikan di negeri ini meningkat kepada 10 kluster. Kluster Jalan Pekan Darat di Butterworth dan Kluster Jalan Damai di Bukit Mertajam telah melibatkan 2 buah sekolah menengah dengan masing-masing mencatatkan 9 kes dan 24 kes jangkitan Covid-19. Sehingga 3 Februari 2022, kumulatif jangkitan harian bagi Pulau Pinang adalah sebanyak 387 kes.

Namun begitu, Jabatan Kesihatan Negeri telah mengambil langkah proaktif dalam membendung penularan jangkitan Covid-19 daripada terus menular di negeri ini dan memberi penekanan serta peringatan kepada rakyat supaya mematuhi segala SOP dan mengamalkan kawalan kendiri seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Disamping itu, daripada 160 kluster pendidikan yang dikesan di Malaysia, tiada kes yang dikategorikan 4 atau 5 dengan kesemuanya berada dalam kategori 1, 2 dan 3. Ini membuktikan bahawa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) berkesan dalam membendung jangkitan Covid-19 dan membolehkan sekolah terus dibuka.

Pada 30 Januari 2022 yang lalu, daripada 14 kluster yang masih aktif di Negeri Pulau Pinang, 8 kluster datang daripada institusi pendidikan, tiga kluster daripada sektor perkilangan, dua kluster di tempat kerja dan satu kluster keagamaan.

#KeluargaMalaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …