OPERASI KHAS MOTOSIKAL SEMPENA TAHUN BARU CINA 2022 OLEH JPJ NEGERI SEMBILAN

   

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan hari ini mengadakan Operasi Khas Motosikal sempena Tahun Baru Cina 2022.

Seramai 64 orang anggota penguatkuasa JPJ terlibat dalam operasi pada hari ini, PDRM (13), JAS (7) dan AADK (10). Operasi ini diadakan di empat lokasi iaitu di KM 28 Susur Keluar/Masuk Lebuh Raya Seremban – Port Dickson, Jalan Undang Johol (K. Pilah), Jalan Angkasa Jaya (K. Pilah) dan Jalan Sungai (K. Pilah) .

Operasi khas ini merupakan usaha berterusan JPJ dalam memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya serta dapat mengurangkan kadar kemalangan dan kematian khususnya melibatkan motosikal.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan Perception of Being Caught (POBC) di kalangan pengguna Jalan raya dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mematuhi peraturan jalan raya. Turut menyertai operasi ini ialah Tuan Hanif Yusabra Bin Yusuf , Pengarah JPJ Negeri Sembilan dan Tuan Hashim Bin Borham, Timbalan Pengarah JPJ Negeri Sembilan.

Dalam operasi ini , JPJ memberi fokus kepada beberapa kesalahan iaitu kesalahan lesen memandu , kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta insurans, pemakaian topi keledar dan kesalahan melibatkan teknikal kenderaan.

Sebanyak 950 kenderaan telah diperiksa dan 324 daripadanya telah diambil tindakan dengan jumlah kesalahan sebanyak 386 kes, dalam operasi yang bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.30 petang ini.

   
Sumber : FB JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …